Friday, December 9, 2011

Dingin Lavenda


Okey, malam nie, ada cerita baru dekat TV3 , setiap Jumaat, Jam 9 malam. Macam mana penangan cerita ini, tak tahu la. Sehebat Tentang Dhia? 
Cerita nie pun, adaptasi daripada Novel iaitu Novel Dingin Salju Indiana,tulisan Pn Nurolsham Saidin. Namun penggambaran telah dijalankan di Melbourne di mana bunga lavenda mewangi, drama ini dinamakan Dingin Lavenda.

SINOPSIS RINGKAS.

Kisah yang dipaparkan dalam drama ini mengutip pengalaman getir tiga orang pelajar gadis Melayu di Melbourne, Australia. Jannatun Naim (Jannah), Murni dan Nana berada di perantauan. Mereka merupakan pelajar di sana. Lakonan Eira Syazira, Zarina AF dan Faralyna Idris serta Azlee Khairi.
Bagaimana persahabatan dan iman mereka diuji?
Jannah dan Murni memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian, tanpa menyangka hadirnya cabaran yang menggugat persahabatan dan permasalahan yang mencabar keimanan. Murni terpesona dengan kehidupan Barat yang dirasakannya cukup indah untuk dikecapi. Jannah yang tegas dengan prinsip sebagai seorang Islam, pernah mengaku kalah di tengah jalan, namun dia harus lebih kuat menghadapi keadaan. Masalah teman serumah, Nana, cukup memeningkan. Sikap prihatin melampau Kak Zai mengundang rencah rasa. Dalam masa yang sama, dua jejaka hadir di hati Jannah: Azhar dengan surat-suratnya yang membaja semangat dan Matthew, pemuda Kristian yang mencari kebenaran. Siapakah yang jodohnya Allah tentukan buat Jannah?
-Daripada Fanpage Dingin Lavenda-




Antara pelakon dan watak yang mereka bawakan.... Klik image untuk lebih jelas..

Jom malam nie, kita tengok ek...

Eh, sapa suka tengok cerita Tentang Dhia???

0 rainbow:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...