Wednesday, December 28, 2011

Hatiku Di Kinabalu

Ahoi... Lama oii tak update... Kehkehkeh.. Aku tak sihat skang, sebab sejuk sangat sekarang nie. Selesama huhuhu..

Aku gatal nak tulis pasal cerita Hatiku di Kinabalu.

Kalau nak tahu sinopsis lengkap, korang boleh la usyar dia punya fanpage...Fanpage Hatiku Di Kinabalu . Aku tengok cerita ni pun sebab pelakon macam best je, Irma Hasmie dan Yana Samsudin serta Zul Ariffin. 

Akibat cakap besar, Anuar dipaksa panjat Gunung Kinabalu oleh rakannya .  Dia bersumpah bahawa dia akan panjat Gunung Kinabalu jika dia jatuh cinta pandang pertama . Gadis bernama Qistina, telah berjaya menambat hati Anuar, pertama kali dia melihat Qis.
"Saya pernah bersumpah , kalau saya jumpa cinta pandang pertama saya ♥
saya akan panjat gunung kinabalu " Anuar
Pada cuti semester, Anuar ke Sabah. Dengan perancangan rapi daripada kawan Anuar, Qistina dan Anuar bertemu dan sama-sama mendaki Gunung Kinabalu.

Masa Qis mengejutkan Anuar
Qistina
Cute scene

Di atas puncak Gunung Kinabalu.
Qis ajar Anuar lagu Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu

 Ini janji Anuar pada Qis.


Namun, malang tak berbau, selepas dikurniakan seorang anak bernama Maya, Qis koma akibat kemalangan jalanraya.


5 tahun kemudian, Qis belum sedarkan diri. Anuar mula kenal dengan Lara dan disarankan kawin oleh bapa mertua dia sendiri, Bapak Qis.

Dengan alunan melodi , tinggi-tinggi Gunung Kinabalu oleh Maya , Qis tersedar dari koma. Maya kini, berusia 12 tahun. Sikap dingin Maya membuatkan Qis sedih .

Maya tak ambil pun roti dihulur Qis.
Maya merasakan Qis mengganggu rutin kehidupan dia dengan uminya, iaitu Lara lakonan Irma Hasmie. Sedangkan perkahwinan Lara dan Anuar dirahsiakan.

Scene nie sedih. Si Maya pun teresak2. Good job Yana Samsudin.Aku pun naik sedih.
Scene di atas, Qis dah tahu pasal perkahwinan Anuar dan Lara dan sebab scene nie la, Maya sedar bahawa semua kejadian bukan kehendak mama dia dan merupakan takdir yang tidak boleh diubah. 

 Dengan sekelip mata
terlerai semua ketentuan masa

Pergi la tonton kalau ada peluang.

0 rainbow:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...